Monday 22 April 2013

Untuk 'bapak-bapak' sekalian

Helo,hye,assalamualaikum..info ni untuk bapak2 sekalian..sekiranye bapak2 tidak baca blog ni,si ibu sila2 la share same bapak2 yek..ayuh..------>


~ UNTUNG NYA WANITA ~

1.) Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari semb
ahyang , sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA ~ wallahua'lam..



10 PERKARA YANG ISTERI SUKA SUAMI BUAT:

1. "Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja"
2. "Saya suka suami saya selalu memeluk saya"
3. "Saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di teling
a"
4. "Saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami"
5. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"
6. "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya"
7. "Saya rasa terharu bila sekali sekala suami masak untuk saya"
8. "Saya suka suami senyum pada saya"
9. "Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji"
10. "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"




TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI
(CELAH KETIAK)


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?



Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


7 Petua Rumahtangga Kekal Harmoni

1. Jangan Berhenti Dating
Perkara yang haram sebelum nikah kini menjadi halal. Mengapa harus dihentikan? Tetaplah jaga keharmonian dengan bercinta selamanya. Perkara ini akan menjadi acara saling mengenal lebih dalam, satu sama lain yang penuh dengan kemesraannya.

2. Jangan Perbesarkan Masalah Kecil
Di awal perkahwinan adalah sesi suai kenal antara pengantin. Menjadi lumrah untuk pengantin baru mengenali sikap pasangan masing-masing. Walaupun sudah bercinta bertahun-tahun, namun perkenalan sebenar bermula selepas perkahwinan. Untuk itu, jangan terlalu emosi ketika menangani masalah-masalah kecil. Kuncinya adalah saling memahami, saling maaf memaafan & saling tolak ansur.

3. Wujudkan Komunikasi Dua Hala
Kebanyakan konflik yang terjadi berpunca dari salah faham. Untuk itu, komunikasi amat penting bagi kedua-dua pihak. Komunikasi bukan sahaja boleh mengatasi konflik tapi juga boleh membuatkan anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.

4. Menerima Kegagalan
Di awal usia perkahwinan yang masih rapuh, kegagalan biasa terjadi. Namun jangan berputus asa. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang tertunda. Berikan semangat pada pasangan untuk terus berusaha mendapatkan rumah tangga yang harmoni dan sempurna.

5. Tingkatkan Kualiti dan Kuantiti Kemesraan
Keakraban tak diragukan lagi dapat menjadi pintu penyelesaian konflik suami isteri. Tak ada salahnya untuk meningkatkan kuantiti, juga kualiti hubungan kemesraan anda dengan pasangan.

6. Meningkatkan Sikap Dan Sifat Yang Baik
Dalam tempoh penyesuaian, biasanya pasangan akan membuat kritikan mengenai kekurangan anda. Jangan cepat melenting, sebaiknya jadikan kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk anda mengubah diri agar menjadi lebih baik.

7. Jangan mudah Untuk Mengucapkan Cerai
Dalam situasi seburuk mana pun, jangan sesekali mengucapkan kata 'cerai' kecuali anda benar-benar menginginkannya. Perkahwinan bukan sekadar ikatan rasmi di mata masyarakat, tetapi juga di sisi Allah. Oleh kerana itu, jangan ambil sikap sambil lewa dengan ikatan yang telah terbina. Mudah berkata 'cerai' akan mengurangkan nilai perkahwinan anda di mata orang lain.











sila ambil perhatian yek cik abang semua..lakukan lah dengan ikhlas..inshaallah..

No comments:

Post a Comment

ini blog yana..semua cerita tentang yana dan kehidupan yana..terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog yana