Monday 22 April 2013

Sharing is Caring

Helo,hye,assalamualaikum..heheee..update lagi..hmm..ni ad info lg utk momies2 sume..lagi2 yg tgh pregnen bby 1st..kan..kan..kan..sharing is caring..tak salah kan.. :) ..ni pon kopipasta dr fb je..ok jugak la..bguna utk sume ibu2 hamil..jom layan..  -------->


~~ TIPS MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN~~

Semasa tempoh pantang bersalin, ada beberapa makanan yang 
tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu. Di sini, saya ingin kongsikan maklumat tentang makanan yang boleh dimakan semasa dalam pantang :

* Nasi, bubur nasi, sphagetti, makaroni dan pasta.

* Sayur-sayuran seperti bawang (bawang besar, bawang merah dan bawang putih), halia, lengkuas, ulaman pegaga, brokoli, lobak, sawi dan serai.

* Ikan seperti ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.

* Makanan bijirin seperti oats, empingan jagung, beras merah & perang, kekacang soya (tauhu, tempe & tofu), badam, walnut, gajus, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.

* Buah-buahan seperti epal merah, oren, limau, kurma, buah zaitun, buah tin, delima, aprikot dan strawberri.

* Minuman seperti susu, soya, horlicks dan milo.







Ada ke ibu-ibu yang sedang menghitung hari sebelum bersalin? Mesti jantung dup dap dup dap kan lebih2 lagi jika ini baby yang pertama... Relax dan jangan stress ya mama semua...

Di sini saya ingin kongsikan beberapa TIPS yang mama semua bo
leh cuba sebagai usaha untuk melalui proses bersalin dengan betul dan tenang ketika di dalam bilik bersalin (labour room)

♥ Yang pertama sekali sebelum masuk ke bilik bersalin, minta redha suami, minta ampun dari suami, ibu ayah, ibu dan ayah mertua. Minta mereka doakan agar semuanya selamat.

♥ Sebaik sahaja masuk ke bilik bersalin, tenangkan minda kerana semuanya dikawal di situ...kesakitan juga sebenarnya dapat dikawal dengan minda.

♥ Jaga dan kawal pernafasan. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskan dengan menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, kemudian lepaskan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku kontraksi (contraction). Relax dan tenangkan fikiran anda.

♥ Anda boleh mula meneran (push) ketika sudah mencapai bukaan 10 cm dan jangan cuba meneran sebelum itu untuk mengelakkan rahim dari membengkak (Edema).

♥ Jangan meneran ketika tiada contraction kerana hanya ketika contraction sahaja bayi dapat ditolak dengan baik dan anda perlukan tenaga yg cukup untuk proses meneran seterusnya.

♥ Cuba push tanpa mengeluarkan suara atau menjerit ya (itu adalah cara push yg betul).

♥ Sentiasa zikir dan jangan tinggal Doa Nabi Yunus (teringat pula ketika bersalin kedua2 cahaya mata saya, Encik Suami tak putus2 baca Doa Nabi Yunus...Alhamdulillah..Allah telah permudahkan semuanya)

(tak sangka dapat dapat tips ini dari blog kaum adam...jadi buat suami semua...anda juga perlu tahu ya supaya dapat bantu isteri anda di saat mereka bertarung nyawa di bilik bersalin)





Bacaan Wanita & Suami : Tips Bersalin

1. Angkat kepala dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian faraj

6. Tarik nafas sedalam yg boleh dan teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda.. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas then sambung teran.. Tiap kontraksi try 3kali...Time kontraksi je push sbb time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa ada kontraksi terus push mcm cara2 td..Takde kontraksi,relax...

7. Baca bismilah, selawat

8. Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 





♥ PERSEDIAN UNTUK IBU DAN BAYI ♥
Persediaan untuk bayi

Baju siang baby – 5 pasang. (terpulang la kepada anda)
Baju malam baby – 5 Pasang.
Stokin tangan n kaki.
Napkin kain – utk bedung dia.
Pampers – newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
Wet tissue @ tisu basah – dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
Topi baby.
Selimut baby dan bantal baby.
Minyak untuk sapu kat perut (saya guna minyak yuyi cap limau).
Kain lampin.
Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
Tuala.
Sabun baby.
Syampu baby.
Sikat rambut.
Losyen.
Putik kapas – untuk cuci pusat.
Cotton buds.
Bedak baby (bukan talcum).
Besen mandi baby.
Bakul alatan mandian.
Pelapik getah.
Pemotong kuku.
Raga/ bakul – untuk letak pakaian baby.
Beg bayi.
Tilam.
Katil. *
Termometer. *
Nursing Pillow – bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..*
Car seat & stroller. *
Botol susu, berus botol susu (saya sarankan ibu2 beli je set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). *

* item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.


Persediaan untuk ibu

Set jamu bersalin
Stokin
Bra untuk menyusu
Baju untuk menyusu
Maternity pad – bagi saya, midnight pad pun sudah cukup
Pantyliners
Disposal panties
Bekung
Pati ikan haruan – bagi sesiapa yang tak makan ikan haruan
Susu menyusu – minum semasa berpantang
Biskut – senang nanti masa berpantang. tak sibuk2 lagi nak pergi beli


Yang ini pula senarai keperluan untuk ke hospital


Beg baby

Baju 4 helai – 2 helai sudah cukup, tapi standby kalau2 lambat discaj wad.
Kain lampin – 3 helai.
Stokin tangan n kaki. – 3 pasang.
Napkin kain – utk bedung dia – 2 helai.
Pampers – 10 keping.
Barut.
Topi – 2.
Bantal.
Tuala – 1 helai.
Minyak yuyi.


Beg ibu

Buku merah
IC
Baju Tshirt – 1 helai.
Kain baju kurung @ skirt labuh – 1 helai ( senang, tak payah nak ikat2 kain batik..hehe).
Pad – 6 keping.
Disposal panties – 4 (senang, buang je terus).
Minyak panas – sapu kat perut.
Stokin.
Tuala.
Berus gigi, ubat gigi, sabun.
Majalah.
Termos
Gelas
Sudu
Sedikit biskut
Milo 3 in 1
Charger hp

Semoga info di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibu2 sekalian. Semoga ibu2 menempuh alam persalinan dengan selamat. =)





MENJAGA LUKA EPISIOTOMI

Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan besar anda mempunyai luka episiotomi.

Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tip-tip ini:
1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

5-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

9-Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.





Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung:

1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.





Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ♥
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن








No comments:

Post a Comment

ini blog yana..semua cerita tentang yana dan kehidupan yana..terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog yana